PENYAKIT Hati
UJUB ADALAH PENYAKIT HATI
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله والصلاة و السلام على رسول الله و على آله و صحبه أجمعين, أما بعد :
Kehidupan manusia sentiasa sahaja diselubungi dengan penyakit hati. Hati yang tidak dibela dengan sifat-sifat mahmudah seringkali mudah tersungkur dengan datangnya sifat mazmumah. Hati yang kotor,hitam dan hati yang penuh dengan hasad dengki akan sentiasa melakukan kemungkaran. Namun, hati manusia yang sentiasa diberikan kesenangan,ketinggian darjat dan pangkat,diangkat dan disanjung orang ramai maka, akan timbullah penyakit hati yang bernama Ujub.
Ujub yang mudah ditafsirkan maksudnya sebagai sombong,angkuh dan bangga diri apabila menerima nikmat pinjam yang Allah berikan sementara di dunia ini. Ujub ini penyakit hati yang mudah menyinggah dalam hati manusia untuk dipertontonkan kepada manusia yang lain. Misalnya, seseorang yang kaya, banyak harta lalu mereka angkuh dan sombong dengan kekayaan dan nikmat yang diterimanya yang hanya pinjaman sementara di dunia ini. Allah menguji mereka dengan harta yang banyak,kedudukan yang tinggi dan darjat serta pangkat yang mulia di dunia. Namun, tidakkah mereka ingati janji-janji Allah kepada mereka? Perkara sebegini yang banyak berlaku dalam jiwa manusia di zaman ini bahkan dari zaman baginda Rasulullah s.a.w. lagi telah berlaku. Daripada Anas bin Malik r.a. meriwayatkan secara marfu’:
ثلاث منجياتٌ خشية الله تعالى في السر والعلانية، والعدل في الرضا والغضب، والقصد في الفقر والغني، وثلاث مهلكات، هوى متبع، وشح مطاع، وإعجاب المرء بنفسه) حسن الطبراني.
Maksudnya:”tiga perkara yang menyelamatkan,takut kepada Allah sama ada dalam sembunyi atau terang-terangan, adil ketika redha dan marah dan berjimat cermat ketika fakir(miskin) dan kaya. Dan tiga perkara yang membinasakan, hawa nafsu yang diikuti,orang yang kedekut ditaati dan seseorang merasa ujub dengan dirinya.” (HR. At-Thabrani) (Dihasankan oleh syeikh Al-Albani rahimahullah)
Menurut Abu Laith al-Samarqandi, empat perkara yang mesti dilakukan oleh seseorang untuk melupuskan rasa ujub dalam diri :
¤ Mengingati taufiq dan hidayah Allah dalam setiap amal yang dilakukan.
¤ Sentiasa mengingati semua nikmat yang diperolehi itu adalah dari Allah.
¤ Sentiasa merasa takut amal yang dilakukan itu tidak diterima Allah agar ianya tidak bangga dengan amal yang dilakukan.
¤ Sentiasa memikirkan lebih banyak dosa dilakukan daripada kebaikan agar tidak ujub dengan amalannya.
Seseorang manusia yang bangga dengan amalan dan kekayaan yang ada pada dirinya sedangkan ia tidak tahu lulus ataupun tidak penerimaan amalan dan kekayaannya di sana kelak jika tidak memanfaatkan dengan orang lain. Adakah ia merendah diri dengan amalannya? Apakah kekayaan yang dimiliki diinfaqkan juga pada yang memerlukan? Apakah sentiasa redha dan mensyukuri dengan nikmat yang dimilikinya? Begitulah kisah kebongkakkan Iblis laknatullah yang tidak malu bertanya kepada Allah s.w.t. seperti di dalam surah al-Isra’ ayat 61:
قَالَ أَأَسْجُدُ لِمَنْ خَلَقْتَ طِينًا
Maksudnya: “Iblis berkata:”adakah aku sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?”
Ayat ini menceritakan di mana Iblis yang angkuh dengan dirinya yang diciptakan dari api lebih hebat dari manusia yang diciptakan dari tanah. Ini kerana iblis tidak mahu sujud kepada Adam alaihissalaam kerana penciptaan Adam itu dari tanah. Maka, Allah melaknat iblis selama-lamanya sehingga ke hari qiamat. Inilah sifat takabbur iaitu merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Sifat bangga diri ini menyebabkan neraka sebagai istana buat iblis selama-lamanya.
Sejarah semakin hari semakin tertulis untuk dijadikan pengajaran dan pembelajaran buat umat akhir zaman. Diceritakan di dalam quran, di mana kerana keangkuhan dan kesombongan diri maka ada yang mendakwa dirinya sebagai Tuhan iaitu Firaun. Dikisahkan perihal ini di dalm surah an-Nazi’at ayat 24-25:
فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ (24) فَأَخَذَهُ اللَّهُ نَكَالَ الْآخِرَةِ وَالْأُولَىٰ (25
Maksudnya: Dengan berkata:”Akulah Tuhanmu yang maha tinggi.” Maka, Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.
Keangkuhan,kesombongan dan keujuban yang diperwatakkan oleh firaun itu memakan dirinya sendiri. Sejarah mengajar kita agar sentiasa mengambil iktibar dari kisah-kisah ini sebagai langkah untuk hidup di dunia ini dengan rasa rendah diri.
Selain itu juga, kisah qarun yang tamak dan kufur dengan kekayaan yang dimilikinya. Harta yang melimpah ruah yang Allah berikan dikufuri dengan mengakui harta itu adalah hasil usahanya sendiri sehingga dia lupa bahawa itu adalah anugerah Allah kepadanya. Lalu Qarun ditarik nikmat kekayaannya itu sebgai peringatan pada umat yang akan datang agar sentiasa mensyukuri nikmat yang dimiliki.
Kisah Qarun diungkap di dalam surah Qasas ayat 78 yang bermaksud :
Qarun menjawab:” sesungguhnya aku mendapat kekayaan itu adalah keran kepandaianku semata-mata.
Akhirnya, Qarun mati dalam kehinaan, ditelan bumi segala harta kekayaan dan singgahsana yang ia banggakan itu. Kelak di akhirat nanti, Qarun akan tinggal di neraka Jahannam dan kekal di dalamnya buat selama-lamanya.
Kisah ujub juga, ada diceritakan di dalam al-Quran dimana semasa perang Hunain, orang islam bangga dengan bilangannya yang ramai dan menjangkakan akan mendapat kemenangan yang besar lalu Allah uji dengan memberikan kekalahan di dalam perang tersebut.
Seperti firman Allah di dalam surah at-taubah ayat 25:
وَيَوْمَ حُنَيْنٍ ۙ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُم مُّدْبِرِينَ
Maksudnya: “dan ingatlah peperangan Hunain,iaitu pada waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlahmu,maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu,kemudian kamu larike belakang dengan bercerai-berai.”
Selain itu juga, Allah s.w.t. berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 204:
وَمِنَ النَّاسِ مَن يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ (204
Maksudnya: “Dan antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia(bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu).”
Mufassir quran pada ayat ini mentafsirkan bahawa inilah orang yang zahirnya bertentangan dengan batinnya, rupanya berlainan daripada budinya. Inilah juga orang yang pintar berdusta dan memutar belit sehingga apabila tiba peranan untuk bertindak maka terbukalah tembelang yang disembunyikannya dan terdedahlah segala akhlaknya yang tertutup serta terpampanglah hakikat kejahatannya,kezalimannya, hasad dengkinya dan kerosakkan akhlaknya.
Oleh itu, jauhilah daripada penyakit-penyakit hati ini yang boleh merosakkan amalan kita di dunia dan di akhirat. Syukurilah dengan segala apa yang ada pada diri ini. Sentiasa merendah diri dalam melakukan ibadah agar amalan yang kita lakukan menjadi sangat berharga dan bernilai di sisi Allah. Ikhlaslah dalam melakukan apa jua perkara. Beramallah bagai diri akan mati esok hari.
Wallaahu a’lam.
Wallaahu Waliyyut Taufiiq
Semoga bisa memberikan manfaat untuk kita semua, serta bisa sebagai acuan untuk senantiasa memberikan kita ilmu yg bermanfaat, Rizqi yg Halal lagi Baik dan amalan yg diterima.
¤¤ AD-DIINU AN-NASHIIHAH ¤¤
Pondok Pesantren Tahfidz Al-Wafa' Al-Islamy Bima, Tgl 29 Februari 2016
================
Donasi Utk Pondok Pesantren Tahfidz Al-Wafa' Al-Islamy Bima
Kami Mengajak Kaum Muslimin Semua Yang Ingin Berpartisipasi Dalam Mencetak Para Tahfidz Al-Qur'an Dengan Mewakafkan Bangunan, Tanah Sawah Dan Terutama Bak Air Buat Masjid Buat Wudhu dan Mandi Krn Bak Yg Dulu Sudah Pecah.
Harga Bak Air 2200 Liter Rp. 4.500.000 x 2 = Rp. 9.000.000.
Rekening/Account :
* Bank Negara Indonesia (BNI) Cab. Bima : 0362730751
* Bank Syari'ah Mandiri (BSM) Cab. Bima : 7081444123
An. Wahyudin Al-Bimawi
Atas Bantuan dan Partisipasinya Kami khaturkan Jazaakumullaahu khairul Jazaa' Wa Baarokallaahu fiikum.
Silakan SHARE pada yang lain yang belum mengetahui, agar Anda pun bisa dapat bagian pahala.
Komentar
Posting Komentar